Ramai pengguna sekarang menjadi mangsa scam melalui Telegram, WhatsApp dan media sosial lain. Kebanyakan kes berlaku kerana pengguna terpedaya dengan pautan palsu atau berkongsi kod OTP kepada pihak lain. Tips Keselamatan:

  • Jangan sesekali berkongsi kod OTP dengan orang lain.
  • Pastikan gunakan password yang kuat dan berbeza untuk setiap akaun.
  • Aktifkan Two-Factor Authentication (2FA) pada Telegram dan akaun penting lain.
  • Elakkan klik pautan mencurigakan yang dihantar melalui mesej atau emel.
  • Semak URL laman web sebelum login.
  • Pastikan aplikasi sentiasa dikemaskini ke versi terbaru.
Tanda Akaun Mungkin Digodam:

  • Mesej dihantar tanpa pengetahuan anda.
  • Ada login dari device atau lokasi tidak dikenali.
  • Password tiba-tiba berubah sendiri.
  • Rakan menerima mesej pelik daripada akaun anda.
Jika anda mengesyaki akaun telah digodam, segera tukar password dan logout semua sesi login yang tidak dikenali. Kesedaran keselamatan siber penting untuk melindungi data dan maklumat peribadi daripada disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.